Pengikut

nak cari apa, taip saja...

Ahad, 30 Januari 2011

Potong kaki kiri, cantumkan ke kaki kanan?

ELAK SALUR DARAH ROSAK...doktor memperkemaskan balutan pada kaki kanan Ma selepas disambung dengan kaki kirinya yang cedera sebelum pembedahan membetulkan kaki itu dilakukan tidak lama lagi.

BEIJING: Demi menyelamatkan kaki kiri seorang lelaki yang cedera akibat kemalangan, doktor di sebuah hospital di China mengambil keputusan menjahit kaki berkenaan ke kaki kanannya untuk sementara sebelum mencantumkannya semula tidak lama lagi.

Menurut jurucakap hospital itu, lelaki itu - hanya dikenali sebagai Ma - terbabit dalam kemalangan di tempat kerja dua minggu lalu.

Katanya, insiden itu menyebabkan kaki kiri Ma rosak teruk dan mengalami jangkitan kuman“Jika dibiarkan, kemungkinan besar kaki kiri Ma terpaksa dipotong,” katanya.

Bagi menyelamatkan Ma, kata jurucakap itu, pasukan perubatan hospital membuat keputusan radikal - memotong kaki kiri Ma.

Kaki itu kemudian dijahit ke kaki kanan untuk sementara waktu bagi memastikan salur darah serta otot Ma tidak rosak.

“Pembedahan bagi menyambung semula kaki kiri Ma dijangka dibuat dalam tempoh sebulan,” katanya. - TS


mengerikan sekali. tapi kalau dah terpaksa saya pun sanggup melakukannya , jangan sampai hilang kaki..kalau hilang kaki xboleh dicari ganti weh

Tikam Bayi Sendiri BertuBi-Tubi

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini, semalam, memerintahkan wanita Myanmar yang didakwa membunuh bayinya yang baru dilahirkan dengan menikam bertubi-tubi di tandas rumahnya, Selasa lalu diperintahkan dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama sebulan.

Majistret Zilfinaz Abbas membuat perintah itu terhadap Nuraishah Abdullah, 23, selepas membenarkan permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Zara Aina Mohd Zawawi. Terdahulu, Nuraishah yang memegang status pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh anaknya di rumah bernombor 4, Lot 9902, Batu 4, Kampung Jawa, dekat sini kira-kira jam 9 pagi, Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Ketika dihadapkan, ibu muda itu yang masih dalam pantang kelihatan lemah hanya duduk dalam kandang tertuduh dan meminta penghawa dingin dimatikan seketika atas alasan tidak tahan sejuk.


Dia yang memakai baju-T dan kain batik dilihat termenung panjang dan sesekali mengalirkan air mata. Zilfinaz menetapkan 28 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan perubatan. Rabu lalu, akhbar melaporkan seorang ibu tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang di Kampung Jawa, dekat sini.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.


Hasil siasatan, polis mendapati, wanita itu baru melahirkan bayi kira-kira jam 9 pagi pada hari sama. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.


sedihnya saya membacanya..tak dapat dibanyangkan bagaimana kesakitan bayi itu..sesungguhnya bayi itu tidak berdosa..tapi nak buta macammana kalau betullah ibu itu meroyan atau gila...memang dah tak waras..kalaulah waras masa dia bunuh tu...saya sangat-sangat kesal dan seidh..uhuhuuhhuhh

Sabtu, 29 Januari 2011

kAWAL pENGAMBILAN MiNUmAN 3 IN 1

Penggunaan produk minuman '3-in-1' yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana
ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Roslee Rajikan berkata pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.

"Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah," katanya semasa ditemubual Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas di Radio 24.

Dr Roslee berkata pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman 3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman.

Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Roslee berkata untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat.

"Tetapi ramai juga orang yang telah mempunyai kesedaran telah beralih kepada corak pengambilan yang lebih baik. Dulu tidak pernah dengar teh tarik kurang manis dan teh O kurang manis. Tetapi sekarang sudah jadi perkara biasa," katanya.

Dr Roslee berkata meskipun kerajaan menambah bekalan gula sebanyak 15 peratus daripada biasa sebagai persediaan menyambut perayaan, orang ramai perlu bijak mengawal penggunaannya.

Beliau juga menasihatkan individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap diabetis supaya mengawal pengambilan gula dan mengamalkan pemakanan sihat bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit yang sama.

"Memang ada sedikit pengaruh genetik kepada perkembangan penyakit ini. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa (yang menghidap diabetis) sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk mengubah cara hidup terutama pengambilan makanan yang sihat serta bersenam," katanya.

- Bernama

WADUH..SAYA N FAMILY SUKA MINUM NESTUM 3 IN 1 TUE..PAGI2 ANAK-ANAK NAK SEKOLAH, TERUS SAJA SAYA BUTAKA NESTUM 3 IN 1 TUE..SENANG...CAMPURKA DLM AIR SUAM SHAJA...NAK CEPATLAH KATAKAN...NAMPAKNYA KENA TUKAR MENU NIH

Jumaat, 28 Januari 2011

Jangan taip a'kum dlm sms!!!!

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”



Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”



dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”



Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.



Jawab salam yang betul ialah ;



“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;



“WAALAI KUM SALAM”



Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.



Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.



Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.



Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.



Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

dicopy dari: HaSue

Khamis, 27 Januari 2011

10 Surah Mujarab dari Rasulullah

AL-QURAN: 10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AD-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

di ambil dari : caca merba.com

komentar: jom sekalian geng-geng blogger..kita amalkan bersama

kesan UFO?????

  PEMANDANGAN lingkaran bulat di tengah sawah yang didakwa akibat perbuatan UFO di Slamen, Jogjakarta, Indonesia.
Penduduk berjaga-jaga supaya tanaman tidak dipijak orang ramai bertumpu tapak kejadian


JAKARTA: Harapan sekumpulan enam petani yang juga pemilik tujuh petak sawah di Dusun Jogomangsan, Desa Jogotirto, Kecamatan Berbah, Sleman di Yogyakarta untuk segera menuai padi terjejas berikutan kawasan penanaman mereka menjadi tumpuan dengan kehadiran ‘lingkaran UFO’.

Seorang daripada pemilik sawah terbabit, Ngadiran berkata, beliau mendapati tanah sawahnya menjadi tumpuan beratus-ratus penduduk dari Gunung Suru sejak awal pagi semalam menyebabkan beliau terpaksa berjaga-jaga supaya tanamannya tidak rosak dipijak mereka.
Sawah Ngadiran kini sudah berisi padi yang boleh dituai tidak lama lagi. Beliau hanya mampu menempatkan tulisan larangan memasuki kawasan sawahnya supaya tanaman padi tidak rosak dipijak penduduk yang semakin ramai memenuhi kawasan itu.

Fenomena crop circle atau lingkaran tanaman terbabit masih lagi menjadi misteri walaupun ramai yang menganggap ia adalah jejak UFO (objek terbang tidak diketahui asal usulnya) pasti, manakala yang lain berpendapat ia buatan manusia atau fenomena alam biasa.

Bekas Ketua Observatorium Bosscha, Moedji Raharto, berkata sekiranya ia adalah fenomena UFO atau orang asing, pastinya mereka akan meninggalkan sesuatu dan tidak mungkin datang tanpa membawa apa-apa.

Sesuatu yang ditinggalkan boleh digunakan sebagai bahan kajian untuk mengetahui kebenarannya manakala analisis kimia tanah boleh dilakukan untuk mengetahuinya.
“Kita boleh lihat apakah ada perubahan unsur kimia tanahnya, apakah sama dengan lingkungannya. Jika memang jejak UFO, maka perbezaan unsur kimia pasti ada. Sama seperti meteorit yang berbeza unsur kimia dengan tanah.

Bagaimanapun, Moedji berkata adalah sukar untuk mengesan perkara itu berikutan makhluk asing dan UFO datang dengan membawa unsur kimia yang agak jarang ditemui sehingga sulit untuk dikesan. Belum dapat diketahui dengan pasti unsur kimia yang dapat membezakan kerana kehadiran UFO ke bumi belum boleh dibuktikan secara ilmiah.

Lingkaran dengan ukuran garis pusat antara 25-30 meter itu mempunyai lingkaran kecil di tengah, bentuk segi tiga serta lingkaran besar hingga paling besar.

“Kejadian pagi kelmarin (Ahad) saya rasakan seperti jejak pesawat makhluk asing seperti yang pernah dilihat di televisyen,” kata Cahyo Utomo, warga Krasakan.

Jejak itu amat besar dan kelihatan seperti UFO yang biasa digambarkan melalui filem atau berita di televisyen dari luar negara.– Agensi

dicetak dari:cacamerba jugak

komentar: boleh percaya ker ada UFO...em....entahla...tapi disebalik semua ciptaan Allah pada alam cakerawala mesti ada hikmah dan rahsia yang tersembunyi..kan....tapi setakat umur hidup sekarang nie..saya masih enggan mempercayai itu adalah kesan dari UFO..tapi saya tak nafikan kemungkinan ada hidupan lain di luar sana...Allahu'alam...

Jangan bagi bayi minum susu berasaskan soya!!!!!

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:


1) Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2) Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3) Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

di copy dengan kebenaran
:http://www.mzhany.com/2011/01/tutor-versi-hany-tiada-tempat-untuk.html


tak sangka betulkan....tentu semuanie dakyah dan rancangan jahat dari YAhudi...kita yang xperiksa betul-betul terus ajer guna...kono nya soya tu baik untuk kesihatan..mulai sekarang saya akan buang soya jauh-jauh dari kelaurga saya...daku tertipu.....nasib baik Hany berkongsi tentang infi ini..tq hany....

Ahad, 23 Januari 2011

BAHAYA SOTONG KERING

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.


"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.


Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.


"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.


CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.


kat sekolah saya selalu jual nasi lemak berlaukkan sotong kering tue...cakap kat doairang bendatu bahaya pun tak guna,katanya dah ada permintaan, kitaorang bautlah...adik kakak sekalian, kalau teringin nak makan sotong, plsss laaa belilah yang segar atau yang bukan dikeringkan,... .walaupun sotong kering tu murah, namun bahayanya tak ter cover dek kemurahan sotong kering itu...

Sabtu, 22 Januari 2011

Mayat Duduk baca Yasin-Kisah benar

Sudah menjadi kebiasaan setiap malam Jumaat , akan diadakan bacaan surah Yasin di surau dan masjid di Malaysia. Ramai yang membaca tetapi tidak mengetahu kelebihan membaca Yasin. Penulis paparkan satu kisah bukan berkenaan orang membaca surah Yasin tetapi mayat yang membacanya.Ambillah pengajaran daripada kisah ini.

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia. Ceritanya begini..
Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.

Makam tersebut terletak di Ma'la iaitu tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.

Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin.

Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam.

Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah. Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.
Sebagai sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.Aziziusus

dicopy dari:

InsyaAllah akanku amalkan surah Yasin..tapi klaau surah Yasin ajer hari-hari atau tiap malam Jumaat dengan Yasin ajer, malam lain cutipun tak boleh jugakkan....bacalah surah lain jugak.

Isnin, 17 Januari 2011

Ikan Boleh Sebarkan Penyakit HIV n Hepatitis B!!!

gambar:Tok Wan FB
Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika.

di copypaste dari belog ini: bisikan hati n dia plk ambil dari Tok wan FB


nasib baik saya belum pernah mencuba. masa menengok orang buatpun tak kecur air liur pun nak join sama, sbb pertama, sayang duit...mahal jugaktu. sebab ke dua rasanya lagi elok saya sental sendiri kaki saya menggunakan berus atau sabut kelapa..same gak tue.....of courselah menggunakan kaedah ikan tu nampak lebih enjoy, menarik n merileks kan..tapi bahayanya pun tetap ada...macam-macam dunia sekarang

Ahad, 16 Januari 2011

Sindiket mencacatkan kanak-kanak untuk dijadikan pengemis

DHAKA 15 Jan. - Pihak berkuasa Bangladesh menangkap ketua kumpulan yang dipercayai bertanggungjawab memotong anggota badan kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah.

Pegawai Batalion Tindakan Pantas Polis, Kolonel Zia Ahsan berkata, Omar Faruq, 30, ditangkap di sebuah kawasan pinggir bandar raya Dhaka semalam.

''Dia mengaku yang kumpulannya memotong anggota badan sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah di Dhaka serta beberapa bandar lain. Mereka juga merogol gadis dan memaksa mereka melacurkan diri,'' katanya kepada AFP.

Beliau berkata, kanak-kanak cacat tersebut disewakan sehingga 400 taka (RM18.60) sehari kepada wanita yang akan membawa mereka meminta sedekah di persimpangan jalan yang sibuk.

''Wanita-wanita berkenaan bertugas sebagai pengawal dan menyamar sebagai ibu kanak-kanak terlibat'' ujarnya.

Pasukan keselamatan elit tersebut dimaklumkan mengenai aktiviti kumpulan itu selepas anggota Faruq dipercayai memotong kemaluan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Neyamul dan dilaporkan oleh ayah kanak-kanak itu kepada kepada kumpulan hak asasi tempatan. - AFP


dicedok dari: utusan malaysia online


walaupun di MAlaysia, belum ada lagi dilaporkan kes-kes begini, namun ibubapa harus lebih mengawasi anak-anak ketika mereka bermain di kawasan rumah atau di taman-taman permainan. Tidak mustahil golongan syaitan bertopengkan manusia nie ada di MAlaysia..ketika saya belasan tahun dulu, ada dikhabarkan orang kampung saya menjumpai anaknya yang sudah buta di ibu negara mnejadi pengemis di kaki lima setelah hilang dari rumah 5 tahun lalu..

Sabtu, 15 Januari 2011

bukti YOGA ADALAH HARAM


Senaman yoga adalah satu istilah yang sinonim dengan gaya senaman tersendiri .. Jika dulu ia terbatas kepada kaum tertentu, kini pelbagai kaum dan pihak cuba mengamalkannya kerana dikatakan mendapat ketenangan melalui senaman itu.

Faktor kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga menyebabkan masyarakat berbilang agama termasuk umat Islam tertarik dan melakukan aktiviti terbabit

Senaman yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan tuhan dengan mengheningkan fikiran (seperti dengan bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.

Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran, seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.

Bagaimanapun, kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dikhuatiri boleh memesongkan akidah bagi mereka beragama Islam yang mengamalkannya.

Mereka yang terbabit dengan aktiviti itu perlu segera bertaubat kepada Allah kerana sudah melakukan perkara yang salah di sisi Islam.

Bukan saja pengamal yoga, malah pengusaha pusat kecergasan yang beragama Islam juga perlu menghentikan perkhidmatan senaman ini kerana ia bercanggah dengan Islam dan boleh memesongkan akidah.

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


ini juga salah satu faktor kenapa yoga diharamkan... ngeeeee...
haipsss!!.. JAHAT PUNYA LELAKI...AMBIL KESEMPATANLAAH TU!!!!!!!!!!


dicedok : makbudak.com


adehhh....sakitnya mata saya melihat gambar di atas..maaflah kepada kawan-kawan yang sensitif melihat gambar di atas..sapa-sapa yang sensitip...tutup mata yer..dan kata dalam hati serentak..jahatnya lelaki itu...atau jahatnya saya yang suka-suki melampirkan gambar di atas..hehehehehehehhe

INI FAKTA BUKAN AUTA

  1. Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
  2. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
  3. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  4. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  5. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
  6. Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.
  7. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.
  8. Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.
  9. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  10. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.Permainan snooker berasal dari negara India.
  11. Perkataan 'Karaoke' berasal dari Jepun yang bermaksud 'Orkestra Kosong'.
  12. Perkataan 'checkmate' berasal dari bahasa parsi 'shah mat' yang bermaksud 'raja dah mati'.
  13. Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.
  14. Presiden ke-20 Amerika, James Garfield boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak dan dalam dua bahasa sekali gus.
  15. Neil Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.
  16. Bendera negara denmark telah dicipta 700 tahun yang lalu,menjadikannya bendera paling lama digunakan di dunia.
  17. Kolonel Harald Sanders mendirikan Kentucky Fried Chicken (KFC) pada usia 66 tahun.
  18. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.
  19. Arnold Schwarzenegger dibayar USD21,500 bagi setiap perkataan yang dituturkannya dalam filem Terminator II.
DICEDOK DAARI: SUPER FRENZYM.COM

ternganga kejap bila membaca 19 perkara di atas..saya mengaku..ini kali pertama saya tahu tentang benda-benda di atas..mengaku katak dalam tempurung sekejap..huwawwawa

telefon bimbit paling lasak

LONDON - Pengeluar barangan pembinaan dan kejuruteraan, JCB, mencipta telefon bimbit paling lasak di dunia dikenali sebagai JCB Toughphone Sitemaster. Syarikat berkenaan mendakwa gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama 8 jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi 1 tan.

Berbeza dengan telefon bimbit pintar iPhone keluaran Apple yang perlu dijaga rapi, ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang. Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.

JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera. Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram. Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak.

sumber asal:KOSMO

wah..ini sudah bagus...patutnya ia dijual di Malaysiakan..sakalu dijual di sini, sayalah orang pertama yang nak beli..ada anak-anak yang suka main hp maknya...elok sangat lah...