Pengikut

nak cari apa, taip saja...

Khamis, 10 Februari 2011

Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci

Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci




SERBUK pencuci dijilat oleh Tempestt Henderson.


MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.
“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.
Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.
Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.
Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.
Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.
Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.
Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.
Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.
Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya. – AgensiKosmo! Online - Dunia

Paris Hilton Peluk Islam???

eh, betul ker berita nie...

kalau betul alhamdulillah...segala puji bagi Allah kan...semoga semuanya selamat..jom baca...

Berita mengenai Paris Hilton memeluk Islam disampaikan oleh salah seorang pembaca blog MiLo SuaM ke email share.milosuam@gmail.com. Memandangkan berita tersebut berbahasa Inggeris, ReJaM© cuba menggunakan khidmat lebai google, dan berjaya menemukan blogger yang rajin menterjemah berita ini di Hotmalays.blogspot.com. di bawah ini laporannya.

JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.

Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.

Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

Jihad

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.

Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai

Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di atas jga disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton sedangmempelajari cara bersolat


saya cetak dari : Batu Gajah mari

Rabu, 9 Februari 2011

China larang mumia 3,800 tahun dipamerkan



GAMBAR bertarikh 24 Mac 2010 menunjukkan mumia wanita berusia 3,800 tahun yang dipamerkan di Santa Ana, California

GAMBAR bertarikh 24 Mac 2010 menunjukkan mumia wanita berusia 3,800 tahun yang dipamerkan di Santa Ana, California

BEIJING - Sebuah muzium di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) membatalkan pameran mumia wanita berusia 3,800 tahun dari China.

Pembatalan itu dibuat kerana pemerintah China meminta ia tidak lagi dipamerkan.

Sebelum ini mumia yang ditemui di Tarim Basin, barat China yang berada dalam wilayah autonomi Xinjiang Uyghur itu telah dipamerkan di beberapa buah muzium di Texas dan California.

Mumia itu menarik minat pengkaji Barat kerana ia memiliki ciri-ciri fizikal manusia Kaukasia yang mungkin berasal dari timur Eropah dan berhijrah ke China.

Punca sebenar kenapa pemerintah China meminta mumia itu tidak dipamerkan masih menjadi misteri. - Agensi"


dicopy: cacamerba

Selasa, 8 Februari 2011

Taman tema yang baru dibina berhantu



SEORANG anggota paranormal, Peter Masters menyiasat kawasan di Taman Tema Thorpe di Surrey baru-baru ini.

LONDON - Permainan gelongsor air yang baru dibina di Taman Tema Thorpe di Surrey terpaksa dipindahkan kerana ia didakwa berhantu, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini, terdapat laporan para pekerja merasa sejuk dan beberapa objek bergerak dengan sendiri.
Sekumpulan pengesan paranormal yang dipanggil baru-baru ini kemudian menyatakan, gangguan tersebut berlaku kerana gelongsor itu dibina di kawasan yang 'keras'.
Menurut mereka, kawasan itu menempatkan kubur, biara dan gereja lama yang dihuni para paderi pada tahun 666 Tahun Masihi. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Ayam KFC jijik!!!!!!!!!!

Betul atau tidak bukti yang didedahkan oleh blogger ni wallahu'alam.Anda tengok dan nilaikan sendiri.

korang tengok tuuu...eii ado lagi dedak ayam kat daging ayam yang best tu! teruih jadik x best!
laaa...nasib dedak je, kalau najis ayam?...eiiii kotor laaa


dorang tak cuci betul2 ke niii...uwekkk!
Pemberi maklumat:http://kraiutara.blogspot.coml
[KAUM+NABI+LUTH.jpg]

Adakah ini sebahagian kaum nabi Luth yang menjadi batu kerana telah mengamalkan hubungan sejenis???

dapatkan jawapannya di sini

Isnin, 7 Februari 2011

Permainan Video pelik

TOKYO - Satu permainan video ganjil akan diletakkan di dalam tandas di lima buah stesen tren di Tokyo, Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.

Permainan itu akan menguji air kencing si lelaki bagi mengetahui kelajuan dan kepanasannya menerusi sensor di bawah mangkuk tandas.

Alat permainan itu akan memberi keuntungan kepada penciptanya, syarikat Sega kerana iklan komersial akan disiarkan pada konsol sebelum permainan bermula.

Permainan itu dicipta dengan tujuan untuk menjadikan tandas sebagai suatu tempat yang menarik.

dicetak dari:
ada-ada saje idea orang bukan islam nie..tanas pun nak suruh berlama-lama..bukan ke tandas tu tempat syaitan...kotor....
saya kalau kat sekolah, selalu marah kalau murid pergi kencing lama-lama..''nanti ada syaitan kencing ats awak kalau lama-lama dalam tandas tu...''..nie sengaja nk bagi lama-lama dalam tandas sampai nak cipta game pula..huhhhuuhhu