Pengikut

nak cari apa, taip saja...

Sabtu, 15 Januari 2011

SERBUK KARI TERCEMAR

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengenakan tindakan ke atas sebuah kilang yang mengeluarkan produk serbuk kari jenama terkenal yang menjalankan operasi dalam premis yang kotor malah dikesan menggunakan sijil dan logo halal yang tidak diiktiraf.

Kilang kari itu juga didapati menggunakan sijil halal bukannya yang dikeluarkan oleh Jais atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebaliknya menggunakan sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak swasta
Hasil pemeriksaan juga mendapati kilang itu tidak menitikberatkan soal kebersihan atas pekerja-pekerja kilang dengan masing–masing tidak menggunakan sarung tangan, apron dan penutup kepala ketika proses pengilangan dijalankan.
Kilang itu telah diberi notis amaran berserta tiga kompaun dikeluarkan dalam operasi tersebut

boleh rujuk : sinar harian

pwartawan nie pun satu hal jugak kan..benda-benda penting macam makanan cegini...bagitahulaa jenama apa..kan senang, kita sebagai ibu-ibu semalaysiapun akan berhati-hati..ie tak..buat rakyat jelata tertanya-tanya pulak...kenapalah bikin kontroversi bab-bab halal haram dan benda-benda penting macamnie... kes makanan untuk generasi mukminin solehin nih....adehhhhhhh




3 NEGERI PALING SUBUR

PUTRAJAYA: Masyarakat Kelantan, Terengganu dan Sabah mencatatkan kadar kesuburan paling tinggi berbanding negeri lain di negara ini berdasarkan saiz isi rumah paling tinggi dicatatkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 lalu.

Jumlah penduduk negara ketika ini adalah 27,565,821 membabitkan pecahan 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 wanita. Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan bagi tempoh berkenaan 2.17 peratus dan bancian dijalankan menunjukkan 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 kediaman di seluruh negara.

Trend kesuburan global antara 2000 dan 2010 menunjukkan pengurangan iaitu masing-masing tiga peratus pada 2000 dan 2.3 peratus pada 2010. Jumlah penduduk Malaysia dijangka mencapai kepada 29.8 juta pada 2015 dan kadar pada tahun itu mungkin menurun lagi kepada 2.1 peratus.


saya tersenyum sendiri kerana saya salah seorang dari negeri berkenaan..haahhahahhahahah..mybe ada betulnya...mungkin kat negeri-negeri itu..ada yang musim banjir dan hujan dihujung tahun...maka aktiviti bermesra adalah dipertingkatkan untuk meningkatkan suhu badan yang sejuk..sabah pula namanyapun dah tahu sejukk memanjang..negeri dibawah bayu.......

KICAP KIPAS UDANG TIRUAN!!!!!

gambar dari: TERATAKARMO

SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.

Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.

Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.

"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam.


Rasa produk tiruan adalah sangat berbeza dari produk asli. Produk tiruan mempunyai rasa kurang MANIS, BERBAU MAUNG DAN DIPEKATKAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN PEMEKAT(TEPUNG) DAN WARNA YANG AGAK CERAH. Terima Kasih Sekali lagi kepada pihak Pengeluar atas Maklumat yang telah dikongsikan.

Diharap maklumat ini dapat membantu sesiapa sahaja pengguna KICAP CAP KIPAS UDANG ini dari tertipu dan dan berharap korang kat luar sana sebar-sebarkanlah agar jangan tertipu dengan Pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

PENGEMIS BERTUKAR HARTAWAN

COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatchmerakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.

Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.

Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.

Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.

"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.

Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.

"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi

kredit:episodbaru

baguskan....kalaulah fotografer itu seorang islam, sudah tentu banyaknya pahala dia dapat sebab tolong ubah kehidupan seseorang...besar betul budinya...buat lelakitu pulak..mesti syukur betulkan....tapi bagaimana dengan diri kita...adakah kita tak merasa bahawa Allah telah memberikan kita nikmatnya sehari-hari...lidah itu satu nikmat besar..adakah kita ingt itu masa kita makan atau minum,adakah kita selalu bersyukur..emmm.....kadangkala, lepas kenyang....doa lepas makanpun kita lupa baca..yertak?tupun kalau sedap..kalau xsedap siap membebel lagi..terkena atas hidung sendiri..

AHLI SEJARAH DEDAHKAN SIAPA MONALISA SEBENARNYA


gambar monalisa yang dilukis oleh
Leonardo da Vinci

ROM - Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.


Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.

Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.

"Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori.

Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.

Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.

"Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya. - Agensi

kredit: EPISODBARU

HEBAT BETUL DIAORANG KAJIKAN.SIAP ZOOMKAN MATA SI MONALISA LAGI...ITULAH DIPANGGIL KAJIAN. PERNAH KITA MENGKAJI DIRI KITA SENDIRI.. a.k.a muhasabah dengan sebegitu rupa???????? saya sendiripun tak pernah....good newa..kita boleh mulakan sekarang...

JENAMA SOSEJ YANG TIDAK HARAM

Berhati-hati! Jenama Sosej Yang Tidak Boleh Dimakan
Tuesday, August 17, 2010


Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah


* Gourmessa
* Muller's Haus
* Dew Fresh
* Puteri
* Miami Butcher House
* Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;

* Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
* German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
* Puteri Pan Pacific (Puteri)
* MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
* Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
* Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah

a) Palace of Golden Horses
b) Coffee Bean Tea Leaf
c) Hotel Equatorial
d) Ikea Cafe (OMG!) – huhuuuh….
e) Muller Sausage.

KREDIT KEPADA: EPISODBARU

DARI BERITA HARIAN:Minyak sapi jenama QBB Pure Ghee tidak halal 2010/09/04

KUALA LUMPUR: Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan.

Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM.

Kami menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa produk itu masih di pasaran dan ramai yang keliru sama ada ia halal atau pun sebaliknya kerana masih ada logo halal JAKIM tertera pada produk berkenaan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berharap JAKIM dapat melakukan pemantauan rapi manakala syarikat terbabit dapat memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk ditarik balik dari pasaran.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan meminta supaya Kementerian Kesihatan memantau dan menetapkan prosedur yang lebih ketat dan jelas kepada pengusaha pusat dialisis bagi memastikan ia terus diyakini.

Ini berikutan dakwaan seorang pesakit buah pinggang, Osman Mohamad, 53, dari Sabak Bernam yang kini menderita kesan jangkitan kuman didakwa berpunca daripada pengendalian pusat dialisis yang tidak sempurna.

bagaimana pula kalau bukan kita yang membeli produk tu, tapi kita menjadi pembeli kuih-kuih atau masakan yang menggunakan produk tu??haaaaa....bukankah itu sama sahaja. takkan kita nak tanya penjualtu...u guna minyak sapi jenama ape?tak ker logik akal nak buat begitukan..emmmmmm....kalau begitu...kita kena cari alternatif lain...iaitu masak sendiri..maka penatlah makcik-makcik dan mak-mak akan menggoggle resepi untuk buat kuih-muih sendiri lepas nie..ekekkekekeke