Pengikut

nak cari apa, taip saja...

Ahad, 19 Februari 2012

Patah Lagi Buat Kesekian Kalinya

Untuk kesekian kalinya....kaca mata saya patah lagi. begitu rapuh walaupun cina tu kata ini bingkai Titanium punya,boleh lentur.

manusia juga begitu. nyawa manusia juga terlalu rapuh .Jika sudah sampai ajal,orang yang kita amat sayang akan pergi jua waupun selautan kasih kita kepadanya...Namun ada juga pepatah melayu dulu kala,pantang mati sebwlum ajal....maksudnya walau dilanggar 3x sekalipun jika tiada


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 16 Februari 2012

Muka Buku

Muka buku sekarang sudah menjadi kewajipan kepada semua rakyat malaysia yang mempunyai komputer sekarang.rata2 kita sudah dapat surf internet di mana-mana saja sekarang.ditambah dengan pakaj yang ditawarkan kepada pengguna talifon mudah alih dengan charge yang agak rendah.


namun patutkah semua rasa...emosi yang terbuku mesti diluahkan di muka buku. apakah sebenarnya niat kita ketika melakarkan warna emosi diketika itu di muka buku...


.sememangnya tidak patut bukan. tapi kadang-kadang diri yang mengatakan tidak patut inipun pernah mencatatnya di mukabuku....entah kenapa.bukn mahu memberitahu semua orang agar tahu apa yang dirasa ketika itu...tetapi lebih kepada ingin melepaskan rasa...sendu....kesal..sesak didalam hati


tapi apakah implikasinya nanti..ya...mungkin mengundang kontroversi...apalagi jika rakan yang membacanya..sudah tentu mereka tahu kisah kita..ditambah keluarga sebelah ipar duai di mana2 .....waduh...malu muka juga...bila menggunakan aqal yang waras...emosi melulu dapat dicantas .agar tidak tersasar arah,menggunakan mukabuku tanpa faedah...selamatlah sudah maruah dari terdedah....syukurrrr alhamdulillah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 23 November 2011

BAngkai Ikan Paus di Gurun?

Gurun Atacama kubur ikan paus



GAMBAR pada 11 November 2011 menunjukkan Menteri Aset Negara Chile, Catalina Parot melihat fosil ikan paus yang digali di Gurun Atacama.


SANTIAGO - Sejumlah fosil ikan paus prasejarah ditemui di padang pasir paling kering dunia, Gurun Atacama di utara Chile.

Penemuan itu berlaku secara tidak sengaja semasa pekerja-pekerja sedang meluaskan sebuah lebuh raya melintasi gurun berkenaan pada Jun tahun lalu tetapi projek tersebut telah dihentikan.

Setakat ini, fosil-fosil itu ditemui di sebuah kawasan sepanjang 240 meter atau berkeluasan dua buah padang bola sepak di lebuh raya berkenaan.

Seorang saintis Institusi Smithsonian yang mengkaji penemuan tersebut, Nicholas Pyenson berkata, lokasi berkenaan merupakan sebuah lagun pada masa dahulu.

Menurutnya, ikan-ikan paus itu dipercayai mati antara dua juta hingga tujuh juta tahun lalu.

Lebih 75 ekor fosil ikan paus ditemui setakat ini termasuk 20 rangka yang sempurna.

"Saya berpendapat ikan-ikan paus itu mati pada masa yang sama," kata Pyenson.

Kebanyakan fosil tersebut merupakan ikan paus baleen yang berukuran sekitar lapan meter atau sebesar sebuah bas. -


-besarnya kuasa Allah kan...kita tidak dapat bayangkan bagaimana pada zaman dahulu sebuah lagun yang penuh dengan haiwan boleh ditukarkan Allah menjadi seluas2 gurun yang paling kering. teringat punishment Allah terhadap kaum Nabi Luth yang diterbalikkan Allah muka buminya kerana perbuatan melampau kaum itu-seks terlarang.

semoga ALlah melindungi kita semua...Amin.

Jumaat, 11 Februari 2011

Rumah berkembar dijual murah


SEBUAH pencawang elektrik dekat dengan pintu sebuah banglo yang dijual murah di Hastings, Britain.


HASTINGS, Britain – Sebuah rumah banglo tepi pantai dijual pada harga yang terlalu murah kerana kediaman itu berada bersebelahan dengan pencawang elektrik, lapor sebuah akhbar semalam.
Lima kabel elektrik melintasi bumbung rumah berkenaan yang terletak di sini, England.
Rumah itu dijual pada harga £99,950 (RM488,779) walaupun harga sebenar rumah banglo itu di pasaran ialah £250,000 (RM759,000).
Rumah itu terletak berhampiran pusat bandar, stesen kereta api dan sekolah selain dilengkapi sistem pemanasan serta pemandangan yang indah di tepi pantai. – AgensiKosmo! Online - Dunia


betulke, rumah dekat pencawang elektrik tu bahaya......ish...sayapun baru beli rumah dekat pencaawang elektrik....

Khamis, 10 Februari 2011

Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci

Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci




SERBUK pencuci dijilat oleh Tempestt Henderson.


MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.
“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.
Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.
Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.
Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.
Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.
Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.
Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.
Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.
Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya. – AgensiKosmo! Online - Dunia

Paris Hilton Peluk Islam???

eh, betul ker berita nie...

kalau betul alhamdulillah...segala puji bagi Allah kan...semoga semuanya selamat..jom baca...

Berita mengenai Paris Hilton memeluk Islam disampaikan oleh salah seorang pembaca blog MiLo SuaM ke email share.milosuam@gmail.com. Memandangkan berita tersebut berbahasa Inggeris, ReJaM© cuba menggunakan khidmat lebai google, dan berjaya menemukan blogger yang rajin menterjemah berita ini di Hotmalays.blogspot.com. di bawah ini laporannya.

JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.

Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.

Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

Jihad

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.

Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai

Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di atas jga disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton sedangmempelajari cara bersolat


saya cetak dari : Batu Gajah mari

Rabu, 9 Februari 2011

China larang mumia 3,800 tahun dipamerkan



GAMBAR bertarikh 24 Mac 2010 menunjukkan mumia wanita berusia 3,800 tahun yang dipamerkan di Santa Ana, California

GAMBAR bertarikh 24 Mac 2010 menunjukkan mumia wanita berusia 3,800 tahun yang dipamerkan di Santa Ana, California

BEIJING - Sebuah muzium di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) membatalkan pameran mumia wanita berusia 3,800 tahun dari China.

Pembatalan itu dibuat kerana pemerintah China meminta ia tidak lagi dipamerkan.

Sebelum ini mumia yang ditemui di Tarim Basin, barat China yang berada dalam wilayah autonomi Xinjiang Uyghur itu telah dipamerkan di beberapa buah muzium di Texas dan California.

Mumia itu menarik minat pengkaji Barat kerana ia memiliki ciri-ciri fizikal manusia Kaukasia yang mungkin berasal dari timur Eropah dan berhijrah ke China.

Punca sebenar kenapa pemerintah China meminta mumia itu tidak dipamerkan masih menjadi misteri. - Agensi"


dicopy: cacamerba