
Pengikut
nak cari apa, taip saja...
Jumaat, 11 Februari 2011
Rumah berkembar dijual murah

Khamis, 10 Februari 2011
Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci
Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci
![]() |
SERBUK pencuci dijilat oleh Tempestt Henderson. |
Paris Hilton Peluk Islam???


Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di atas jga disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton sedangmempelajari cara bersolat
saya cetak dari : Batu Gajah mari
Rabu, 9 Februari 2011
China larang mumia 3,800 tahun dipamerkan

GAMBAR bertarikh 24 Mac 2010 menunjukkan mumia wanita berusia 3,800 tahun yang dipamerkan di Santa Ana, California
BEIJING - Sebuah muzium di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) membatalkan pameran mumia wanita berusia 3,800 tahun dari China.
Pembatalan itu dibuat kerana pemerintah China meminta ia tidak lagi dipamerkan.
Sebelum ini mumia yang ditemui di Tarim Basin, barat China yang berada dalam wilayah autonomi Xinjiang Uyghur itu telah dipamerkan di beberapa buah muzium di Texas dan California.
Mumia itu menarik minat pengkaji Barat kerana ia memiliki ciri-ciri fizikal manusia Kaukasia yang mungkin berasal dari timur Eropah dan berhijrah ke China.
Punca sebenar kenapa pemerintah China meminta mumia itu tidak dipamerkan masih menjadi misteri. - Agensi"
Selasa, 8 Februari 2011
Taman tema yang baru dibina berhantu

Ayam KFC jijik!!!!!!!!!!
![]() |
korang tengok tuuu...eii ado lagi dedak ayam kat daging ayam yang best tu! teruih jadik x best! |
![]() |
laaa...nasib dedak je, kalau najis ayam?...eiiii kotor laaa |
![]() | ||
dorang tak cuci betul2 ke niii...uwekkk! |
Isnin, 7 Februari 2011
Permainan Video pelik
Permainan itu akan menguji air kencing si lelaki bagi mengetahui kelajuan dan kepanasannya menerusi sensor di bawah mangkuk tandas.
Alat permainan itu akan memberi keuntungan kepada penciptanya, syarikat Sega kerana iklan komersial akan disiarkan pada konsol sebelum permainan bermula.
Permainan itu dicipta dengan tujuan untuk menjadikan tandas sebagai suatu tempat yang menarik.
ada-ada saje idea orang bukan islam nie..tanas pun nak suruh berlama-lama..bukan ke tandas tu tempat syaitan...kotor....saya kalau kat sekolah, selalu marah kalau murid pergi kencing lama-lama..''nanti ada syaitan kencing ats awak kalau lama-lama dalam tandas tu...''..nie sengaja nk bagi lama-lama dalam tandas sampai nak cipta game pula..huhhhuuhhu
Ahad, 6 Februari 2011
Kurus Tanpa Ubat
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
10. ELAK MAKANAN RINGAN
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. MAKAN DILUAR
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. TIMBANG
15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. MEMASAK MAKANAN
20. MEMILIH HIDANGAN
21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
22. BERBELANJA
23. GERAKKAN PUNGGUNG
24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-
- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
31. Mengurangkan Buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
Sabtu, 5 Februari 2011
LoGo HaLal Yang Tak Halal

kita sebagai ibu hendaklah pastikan makanan yang jatuh ke dalam perut suami dan anak-anak kita dari bahan yang halal....insya Allah
Jumaat, 4 Februari 2011
Benarkah berita ini?
Rakyat kita selamat, makanan cukup
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Semua penuntut Malaysia di Mesir dalam keadaan sihat dan selamat dan berada dalam kumpulan besar serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail.
tak benar sama sekali. bekalan makanan pelajar yang berada di airport menunggu tibanya kapal terbang untuk dipindahkan ke Jeddah hampir kebuluran kerana tiada wang dan makanan.
saya mempunyai beberapa orang saudara yang sedang berdebar-debar menungguh penerbangan seterusnya untuk di hantar ke Jeddah. mereka kelaparan kerana tiada wang yang cukup untuk membeli makanan. bayangkan harga seketul roti di airport berkenanan adalah rm 30 dan harga secawan kopi adalah rm300?
sedang rakyat negara lain diberi makanan oleh kedutaanmereka di airport, pelajar Malaysia hanya melihat sambil menelan air liur? kedutaan Malaysia tidak turun kah? ya..mereka memang turun, tapi hanya mengambil nama mereka dan lesap begitu sahaja.....
sSedang kerajaan Indonesia menghantar 17 pesawat untuk mengambil 6000 pelajar negara berkenana terus ke Indonesia..sedangkan kerajaan Malaysia hanya menghantar 2 kapal laut dan 3 pesawat untuk mengangkut 12000 pelajar Malaysia. itupun sudah agak lewat berbnading Indonesia...
say atidak hanya bercakap,saya ada bukti...anak-anak sedara saya sendiri berada di sana..huuhuhuhuh
sama2 doakan moga mereka selamat...n mesir kembali aman..hapuskan Mubbarakk
nikahkan anak kerana hutang karpeT???
ALOR SETAR: “Disebabkan ibu tak mampu membayar hutang karpet kira-kira RM3,000, saya terpaksa berkahwin dengan lelaki Pakistan yang menjual permaidani itu untuk melangsaikan hutang.
“Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujur kerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabar berita,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah, 29.
Dia yang kesal berkahwin dengan Mat Karpet itu berkata, semuanya bermula selepas ibunya membeli empat helai karpet daripada lelaki asing itu, tiga tahun lalu.
“Ibu saya beli secara bayaran ansuran RM30 sebulan, itu pun jika ada duit. Malangnya, ibu gagal membayar ansuran selama dua tahun sehingga bunga semakin meningkat.
“Lelaki terbabit meminta ibu menjelaskan hutangnya. Apabila ibu memberitahu dia tak ada duit, lelaki itu minta dikahwinkan dengan saya sebagai syarat untuk melangsaikan semua hutang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam.
Hashimah berkata, kerana tiada pilihan selain bimbang nasib keluarganya terancam dia hanya mengikut kata-kata lelaki itu dan keluarganya.
“Majlis kenduri termasuk akad nikah diadakan di rumah saya dan ia dibuat secara kecil-kecilan,” katanya.
Menurutnya, pada awal perkahwinan tiada apa berlaku, tetapi selepas enam bulan, baru dia tahu yang suaminya mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil perniagaan karpet.
“Dia beli sehelai karpet daripada rakannya RM65, tetapi menjualnya kepada orang kampung sehingga RM400 dengan mendakwa ia berkualiti selain sukar didapati di negeri ini. “Saya anggap ibu dan ramai penduduk kampung yang membeli karpet daripada suami saya tertipu,” katanya.
pelik sungguh kenapalah murah sangat mak -mak penghutang nie letak harga anak-anak dara mereka..boleh mereka tebus hutang dengan anak dara ?? hus, kesian saya lihat anak-anak dara mereka, tak pasal-pasal kena kawin dengan warga asing itu..hanya kerana karpet...takder karpet boleh mati kaaaa...hah emak2 gila karpet?kalau dh tahu takleh bayar, xpayahlaa beli..kenapa mereka sendri yang tak kawin dgn si penjual karpet tur..huhuhu tiba2 saya pula yg naik angin
cuba buat kotak
salam sayang kepada semua pembaca belog sayasila datang lagi
Rabu, 2 Februari 2011
Tolong Sebarkan Krisis di Mesir
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar KitaJika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923Atau melalui:Facebook: Nuvul Nadiva DizavchTwitter: DyyaDizarchBlog: Nadia-ismYM: nadia_mdzin2001@yahoo.comPlease let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.- Nadia
LABIS: Kerajaan akan menggerakkan pelbagai agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mewujudkan sistem amaran awal banjir bagi meneliti keadaan dan memberi amaran lebih awal kepada penduduk supaya perpindahan mangsa banjir dilakukan lebih tersusun.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia akan dibincangkan di MKN kerana walaupun sudah ada persiapan sejak dulu untuk menghadapi banjir.
“Mungkin ada satu cara kita boleh melihat semula untuk membantu supaya proses menyelamat dan perpindahan mangsa dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Agama Labis di sini, pagi semalam.
dipetik dari : MyMetro
para petugas pilihanraya di Tenang berkata, tidak pernah air banjir sebegitu teruk dalam sejarah pilihan raya. segelintir petugas pilihan raya telah kehilangan harta benda yang di bawa ke sana. itu tak termasuk rumah-rumah tumpangan yang rosak teruk, peti ais, mesin basuh, televisyen semuanya di bawa arus. dalam masa 3 jam air boleh naik dari paras peha ke paras dada...Masyaallah..menakutkan