Pengikut

nak cari apa, taip saja...

Rabu, 2 Februari 2011

LABIS: Kerajaan akan menggerakkan pelbagai agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mewujudkan sistem amaran awal banjir bagi meneliti keadaan dan memberi amaran lebih awal kepada penduduk supaya perpindahan mangsa banjir dilakukan lebih tersusun.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia akan dibincangkan di MKN kerana walaupun sudah ada persiapan sejak dulu untuk menghadapi banjir.

“Kita lihat ada keadaan di luar jangkaan, misalnya air naik cepat termasuk kawasan yang tidak pernah dilanda banjir turut dinaiki air.

“Jadi, bagaimana kita mahu meneliti keadaan itu kerana kalau kita ambil langkah berdasarkan kes lalu, mungkin kampung yang tidak tersenarai banjir kita rasa selamat, tetapi bagaimana apabila air naik lebih daripada paras biasa seperti dialami penduduk di sini misalnya, yang terpaksa berpindah buat kali pertama, sedangkan mereka belum pernah menjadi mangsa banjir.

“Mungkin ada satu cara kita boleh melihat semula untuk membantu supaya proses menyelamat dan perpindahan mangsa dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Agama Labis di sini, pagi semalam.


dipetik dari : MyMetro

para petugas pilihanraya di Tenang berkata, tidak pernah air banjir sebegitu teruk dalam sejarah pilihan raya. segelintir petugas pilihan raya telah kehilangan harta benda yang di bawa ke sana. itu tak termasuk rumah-rumah tumpangan yang rosak teruk, peti ais, mesin basuh, televisyen semuanya di bawa arus. dalam masa 3 jam air boleh naik dari paras peha ke paras dada...Masyaallah..menakutkan