Pengikut

nak cari apa, taip saja...

Ahad, 16 Januari 2011

Sindiket mencacatkan kanak-kanak untuk dijadikan pengemis

DHAKA 15 Jan. - Pihak berkuasa Bangladesh menangkap ketua kumpulan yang dipercayai bertanggungjawab memotong anggota badan kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah.

Pegawai Batalion Tindakan Pantas Polis, Kolonel Zia Ahsan berkata, Omar Faruq, 30, ditangkap di sebuah kawasan pinggir bandar raya Dhaka semalam.

''Dia mengaku yang kumpulannya memotong anggota badan sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah di Dhaka serta beberapa bandar lain. Mereka juga merogol gadis dan memaksa mereka melacurkan diri,'' katanya kepada AFP.

Beliau berkata, kanak-kanak cacat tersebut disewakan sehingga 400 taka (RM18.60) sehari kepada wanita yang akan membawa mereka meminta sedekah di persimpangan jalan yang sibuk.

''Wanita-wanita berkenaan bertugas sebagai pengawal dan menyamar sebagai ibu kanak-kanak terlibat'' ujarnya.

Pasukan keselamatan elit tersebut dimaklumkan mengenai aktiviti kumpulan itu selepas anggota Faruq dipercayai memotong kemaluan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Neyamul dan dilaporkan oleh ayah kanak-kanak itu kepada kepada kumpulan hak asasi tempatan. - AFP


dicedok dari: utusan malaysia online


walaupun di MAlaysia, belum ada lagi dilaporkan kes-kes begini, namun ibubapa harus lebih mengawasi anak-anak ketika mereka bermain di kawasan rumah atau di taman-taman permainan. Tidak mustahil golongan syaitan bertopengkan manusia nie ada di MAlaysia..ketika saya belasan tahun dulu, ada dikhabarkan orang kampung saya menjumpai anaknya yang sudah buta di ibu negara mnejadi pengemis di kaki lima setelah hilang dari rumah 5 tahun lalu..