Pengikut

nak cari apa, taip saja...

Sabtu, 5 Februari 2011

LoGo HaLal Yang Tak Halal

Mungkin ramai yang mengetahui hal ini, tapi mungkin juga mereka diluar sana tidak mengetahui logo halal keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang tulen. Keratan gambar diatas merupakan logo halal yang diharamkan dan logo halal rasmi keluaran JAKIM.

Kenapa diharamkan? Seperti yang tercatat pada keratan gambar diatas, logo halal tersebuat dikeluarkan oleh syarikat swasta dan diharamkan kerana terdapat banyak keraguan dari segi hukum syarak dan tiada pengiktirafan daripada JAKIM.

Umat Islam memang perlu peka terhadap logo halal jakim yang sebenar bagi memelihara tubuh badan dari memasuki makanan yang haram serta menjamin kesihatan yang baik. Aku percaya, sekarang bukan sekadar masyarakat islam sahaja yang mencari makanan halal malahan masyarakat bukan islam juga turut mencari makanan halal.

copy dari:

kita sebagai ibu hendaklah pastikan makanan yang jatuh ke dalam perut suami dan anak-anak kita dari bahan yang halal....insya Allah